News

Berbakti di Zoo Taiping

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Pada tanggal 11 sehingga 13 Februari 2016, pihak pentadbiran Dewan Penginapan Pelajar (DPP) PETRONAS bersama barisan kepimpinan pelajar telah mengadakan Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) yang bertempat di Kamalodge Cafe & Resort, Taiping, Perak Darul Ridzuan. Seramai 34 orang pelajar bersama 5 orang staf yang terdiri daripada pegawai pengiring dan fasilitator teah menyertai program ini. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membina jati diri dan semangat berpasukan dalam kalangan pemimpin pelajar. 

Antara aktiviti yang dijalankan adalah jualan amal, khidmat sosial (kerja amal) di Zoo Taiping & Night Safari, taklimat pengurusan kewangan, taklimat komunikasi dan pengurusan surat serta taklimat pengurusan program bagi Resident Assistant (RA) dan Ketua Blok (KB). Pihak DPP PETRONAS telah mendapat pujian daripada pengurusan Zoo Taiping & Night Safari kerana menepati masa dan mempunyai kelengkapan untuk kerja amal serta mematuhi piawaian keselamatan. Contoh, semua peserta memakai safety boot semasa melaksanakan kerja amal.

Search

Reach Out

Dewan Penginapan Pelajar PETRONAS,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman.
Tel: 04-928 4334 / 4335
Fax : 04-928 4332
Emel: dpppetronas[@]uum[dot]edu[dot]my

Operation Office Hours

Sunday - Wednesday

8.00 a.m. - 5.00 p.m.

Thursday

8.00 a.m. - 3.30 a.m.

Friday & Saturday

Close

***If you have an emergency during office hours ended, please refer to fellow on duty

Visitor Counter

Today4
Yesterday23
This week51
This month548
Total1858