News

Program 'Knowing About Village in Malaysia' serlahkan identiti Malaysia

User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive
 

INASIS PETRONAS ONLINE: Jawatankuasa Pembangunan dan Kepimpinan Siswa DPP PETRONAS, Universiti Utara Malaysia melalui Biro Integrasi, Komuniti dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan sebuah program bersifat khidmat masyarakat iaitu program “Knowing About Village In Malaysia” di Kampung Kodiang Lama Dalam, Kedah pada 5 Mei 2016 yang lalu. Program ini berorientasikan perkongsian budaya masyarakat kampung di Malaysia dalam kalangan pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa. Seramai 34 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa bersama seorang pegawai pengiring telah terlibat dalam menjayakan program ini.

      Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program yang berlangsung selama sehari. Aktiviti yang dijalankan adalah berbentuk sukan rakyat antaranya baling selipar, anyam ketupat, anyam geruk cempedak, tarik upih, kopek nyok-parut nyok, basikal lambat dan lain-lain. Aktiviti ini juga telah disertai oleh penduduk kampung tersebut. Selain itu, para peserta juga dibawa melawat perusahaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang terdapat di kampung tersebut seperti perusahaan membuat kuih bahulu, kuih karas dan kuih peneram. Pada waktu yang sama, pihak DPP PETRONAS juga menghulurkan sumbangan berbentuk makanan asas kepada beberapa keluarga kurang berkemampuan. Persembahan kebudayaan juga turut dipersembahkan oleh pihak DPP PETRONAS kepada masyarakat kampung.

      Program ini juga telah mendapat penajaan jamuan makan tengahari daripada Yang Berhormat Dato’ Abu Hasan Bin Sarif selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputih. Jamuan makanan tengahari tersebut telah disediakan secara bergotong-royong dalam kalangan penduduk kampung dan para peserta. Menu utama yang disediakan adalah gulai daging batang pisang yang merupakan menu popular di negeri Kedah.

      Encik Nor Afiq bin Abd. Razak selaku wakil Pengetua DPP PETRONAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini pada majlis perasmian penutup program tersebut. Beliau berharap agar hubungan silaturrahim yang terjalin dapat dikekalkan dan tidak terputus di akhir program ini. Beliau juga berharap agar program berkhidmat kemasyarakatan dapat diteruskan pada masa yang akan datang. Pihak Kampung Kodiang Dalam Lama yang diwakili oleh Encik Ahmad bin Nayan selaku Ketua Kampung mengucapkan ribuan terima kasih kerana di atas kesudian pihak DPP PETRONAS menjalinkan kerjasama dengan kampung mereka. Beliau turut mengalu-alukan kehadiran pihak DPP PETRONAS khasnya dan UUM amnya untuk mengadakan program lagi pada masa hadapan.

      Sementara itu, Saudari Anis Amira Othman selaku pengarah program melahirkan rasa kesyukuran dan menyifatkan kejayaan program ini hasil daripada kerjasama serta semangat sepasukan yang ditunjukkan oleh jawatankuasa program, pihak pentadbiran DPP PETRONAS, para peserta serta masyarakat kampung.

 

Search

Reach Out

Dewan Penginapan Pelajar PETRONAS,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman.
Tel: 04-928 4334 / 4335
Fax : 04-928 4332
Emel: dpppetronas[@]uum[dot]edu[dot]my

Operation Office Hours

Sunday - Wednesday

8.00 a.m. - 5.00 p.m.

Thursday

8.00 a.m. - 3.30 a.m.

Friday & Saturday

Close

***If you have an emergency during office hours ended, please refer to fellow on duty

Visitor Counter

Today4
Yesterday23
This week51
This month548
Total1858